Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak. Dan, takkan   kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku   berubah menjadi gelak tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata  dan  seulas senyuman.
Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan  memberiku pemahaman rahsia  kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi.  Seulas senyuman menarikku  dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma  sebuah lambang pemujaan  kepada tuhan.
Setitis airmata  meyatukanku dengan mereka yang patah hati; Seulas  senyum menjadi sebuah  tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.
Aku merasa lebih baik jika  aku mati dalam hasrat dan kerinduan  berbanding jika aku hidup  menjemukan dan putus asa.
Aku bersedia kelaparan demi cinta dan  keindahan yang ada di dasar jiwaku setelah kusaksikan mereka yang  dimanjakan amat menyusahkan orang. Telah kudengar keluhan mereka dalam  hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang termanis.
Ketika  malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk  kerinduannya.  tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi  menyambut ciuman  matahari.
Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan  pengabulan.  Setitis airmata dan seulas senyuman.
Air laut menjadi  wap dan naik menjelma menjadi segumpal mega. Awan  terapung di atas  pergunungan dan lembah ngarai hingga berjumpa angin  sepoi bahasa, jatuh  bercucuran ke padang-padang lalu bergabung bersama  aliran sungai dan  kembali ke laut, rumahnya.
Kehidupan awan-gemawan itu adalah  sesuatu perpisahan dan pertemuan.  Bagai setitis airmata seulas  senyuman. Dan, kemudian jiwa jadi  terpisahkan dari jiwa yang lebih  besar, bergerak di dunia zat melintas  bagai  segumpal mega diatas  pergunungan dukacita dan dataran  kebahagiaan.
Menuju samudera  cinta dan keindahan – kepada Tuhan.

 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar